
Fungsi Bengkung Zig Zag
Bengkung ini berfungsi
-Pembentukkan semula tubuh seperti sediakala terutama bahagian perut & punggung
-Menghalang peranakan turun
-Menguatkan semula otot-otot yang regang dan lemah
-Menghalang perut daripada dimasuki angin dalam tempoh berpantang
Kelebihan Bengkung Zig Zag
-Mudah dan selesa dipakai-Bengkung ini mempunyai dua tali iaitu dibahagian kanan dan kiri untuk memudahkan para ibu memakainya sendiri tanpa meminta bantuan sesiapa.Selain itu,tali tersebut membantu mengemaskan pemakaian bengkung tanpa merasa longgar ketika bergerak mahupun duduk.
-Mengikut saiz tubuh anda-Mempunyai 5 jenis saiz badan iaitu S,M,L,XL,XXL dan anda boleh memilihnya mengikut ukuran saiz pinggang sebelum bersalin supaya anda tidak merasa ketat ketika memakainya.
-Diperbuat daripada kain yang tebal dan tahan lama-Kain belacu yang tebal membuatkan kain bengkung tidak mudah koyak dan tahan disimpan untuk kelahiran seterusnya.
-Mudah dibersihkan-Dibahagian hadapan bengkung dijahitkan menggunakan kain kapas berwarna gelap supaya tidak kelihatan kotor selepas digunakan dan mudah dibersihkan.
Saiz Bengkung
S 24-27
M 28-32
L 33-37
XL 38-43
XXL >43
Cara Memakai Bengkung Zig Zag
Langkah #1
• Lipat kain bengkung bermula dari kiri ke kanan.
• Lipat kain bengkung sebelah kanan pula ke kiri.
Langkah # 2
• Masukkan tali di sebelah kiri ke lubang jahitan di sebelah kanan dari bawah.
• Selepas itu masukkan pula tali di sebelah kanan ke kiri berselang seli sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada.
Langkah # 3
• Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke dua-dua tali yang berlebih tadi ke belakang dengan cara bersilang ( seperti anda mengikat tali kasut yang panjang )
• Lilit sehingga simpulan yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda telah pun siap berbengkung.
HARGA : RM 60.00
No comments:
Post a Comment